Antara langkah pertama yang anda boleh lakukan untuk menyertai alam cyber ini adalah dengan memiliki sebuah tapak (site) untuk anda menyimpan segala data2 berkenaan dengan laman web yang anda ingin atau telah bangunkan di komputer anda. Data yang disimpan di komputer anda tidak akan dapat dilihat oleh masyarakat dunia, tapi jika anda memiliki sebuah tapak di alam cyber anda boleh menyampaikan maklumat perniagaan anda kepada sesiapa sahaja tak kira dimana mereka berada.
Apakah yang anda perlu lakukan?
Pertamanya anda perlu membeli webhosting (ruangan untuk website anda) dan juga membeli domain name (papan iklan tapak anda) kedua2 benda ini adalah perlu untuk anda mempamerkan laman web anda. Domain name dan webhosting kini anda boleh dapatkan dengan harga yang amat berpatutan serendah rm68 setahun. Webhosting datang dengan pelbagai pakej mengikut syarikat yang anda pilih, pakej2 yang ditawarkan adalah amat menarik dan berpatutan. Anda boleh memilih mengikut kesesuaian laman web yang anda ingin bangunkan.
Disini cadangan saya kepada anda adalah syarikat webhosting mercumaya, syarikat ini memberikan anda pakej yang menarik untuk anda dan perkhidmatan pelangganya yang cemerlang mampu memudahkan kerja anda.
Jika anda ingin ke laman web syarikat mercumaya, anda hanya perlu menekan gambar yang tertera dibawah ini. Jika anda mempunyai sebarang masalah berkenaan dengan membangunkan laman web anda sendiri anda boleh mengemailkan kepada saya di info@xeemx.com saya sudi membantu anda pada bila2 masa. Sekian...
No comments:
Post a Comment